Kuala Lumpur: Pendidikan mengenai pelaburan dan kesedaran terhadap penipuan kini diperkenalkan seawal usia lapan tahun menerusi pendekatan permainan bagi membentuk generasi pelabur yang lebih bijak dan berwaspada.
Pengarah Kumpulan Komersial dan Liputan Pasaran Bursa Malaysia, Stephanie Tan Kar Mun berkata, antara inisiatif yang dilaksanakan ialah program Bermon Trader atau Bursa Monsters yang menyasarkan kanak-kanak berusia antara lapan hingga 14 tahun.
Katanya, program berkenaan menggunakan pendekatan gamifikasi bagi mengajar golongan muda mengenai asas perdagangan dan pada masa sama mengenal pasti penipuan dalam suasana yang menyeronokkan.
"Bursa Monsters ini seperti permainan, di mana kanak-kanak boleh membeli dan berdagang Bursa Monsters yang mempunyai harga dan nilai seolah-olah saham.








