PETALING JAYA – Warna terracotta dijangka menjadi tema pilihan pakaian raya bagi sambutan Aidilfitri tahun depan, selepas ia mencuri perhatian menerusi persalinan sedondon majlis resepsi Bella Astillah dan suami, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Berdasarkan perkongsian orang ramai di media sosial, ada yang sudah mula merancang untuk membeli pakaian raya berwarna terracotta selepas ‘teracun’ dengan keindahan busana pengantin baharu tersebut.

“Habislah kilang-kilang kain nak kena keluarkan warna terracotta untuk kain baju raya 2027. Bau-bau warna trend raya 2027. Tenggelam lah warna olive cherry, olive burgundy semua tu,” kata pengg