PETALING JAYA – Memperkukuh keselamatan penunggang motosikal, mengintegrasikan data keselamatan jalan raya antara agensi dan membudayakan amalan selamat dalam menjadi tiga keutamaan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu penting dalam memperkukuh usaha ke arah Vision Zero yang bermatlamat melindungi nyawa serta mengelakkan kecederaan serius akibat kemalangan jalan raya.

Beliau berkata, usaha berkenaan perlu disokong penggunaan teknologi pintar, penyelarasan dasar dan kerjasama strategik antara pelbagai pihak.

“Kemajuan sistem pengangkutan tidak boleh diukur melalui pengaplikasian teknologi d