PETALING JAYA – Seramai 242 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Perancis dilaporkan selamat susulan kejadian rusuhan di negara berkenaan.
Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, semua pelajar terbabit turut diminta sentiasa berwaspada dan mengelakkan kawasan awam yang terjejas akibat rusuhan.
“Alhamdulillah status 242 Pelajar Tajaan Mara di Perancis selamat dan mereka diminta untuk sentiasa berwaspada dan mengelakkan kawasan-kawasan awam yang terbabit dengan rusuhan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu media melaporkan, gelombang rusuhan dan protes besar-besaran sedang melanda beberapa negara di Eropah sejak Septemb









