PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 7 malam ini.

Menurut MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook, bagi negeri Kedah, kawasan yang terjejas ialah Yan, Pendang, Sik, Kuala Muda, Baling dan Padang Terap.

“Di Perak, amaran melibatkan Kerian, Selama, Larut Matang, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Turut terjejas ialah Terengganu melibatkan Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu, manakala di Pahang membabitkan Cameron Highlands, Raub, Bentong dan Lipis,” katanya.