KOTA KINABALU – Insiden menyayat hati melibatkan dua beranak yang maut dihempap sebuah kontena di Jalan Sepanggar, berhampiran Pelabuhan Sepanggar di sini, petang semalam berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.
Difahamkan, dalam kejadian pada pukul 6.20 petang itu, Mohd Jadi Pelbi, 53, baru mengambil anaknya, Norfaieza, 24, pulang dari bekerja di Manggatal.
Dalam kejadian itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang dinaiki dua beranak itu dihempap kontena yang hilang keseimbangan ketika sedang dipindahkan ke ke sebuah treler.
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Mohd. Hannis Mokthar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.31 petang sebelum 26 an









