BATU PAHAT – Perbuatan keji seorang guru tuisyen lelaki dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak murid perempuan terbongkar selepas salah seorang mangsa berusia enam tahun menceritakan kejadian itu kepada ibu bapanya.

Susulan itu, lelaki berusia 32 tahun berkenaan ditahan polis semalam bagi membantu siasatan kes yang dipercayai berlaku di sebuah pusat tuisyen di Taman Bukit Perdana di sini, minggu lalu.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku Rabu lalu, antara pukul 7 malam hingga 8 malam ketika mangsa mengikuti kelas yang diajar suspek.

Perbuatan itu terbongkar apabila mangsa pulang ke rumah sebelum menceritakan kejadian berkenaa