Kuala Lumpur: Pemupukan ilmu pengetahuan sejak kecil amat penting bagi memastikan anak-anak terlatih dengan sikap membudayakan pendidikan seiring dengan penguasaan ilmu agama.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Mohd Ajib Ismail berkata, pembelajaran dari usia kecil bukanlah bertujuan melahirkan anak yang pandai menghafal semata-mata, tetapi untuk menanam benih rasa cinta kepada ilmu dan kasih kepada agama.
Menerusi persekitaran yang positif, selamat, dan penuh dorongan, anak-anak akan membesar menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek serta terdidik dengan ilmu agama.
"Apa yang dipelajari di tadika perlu diteruskan di rumah supaya anak tidak keliru dengan amalan harian.









