KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 26 November ini bagi pendengaran permohonan komital oleh usahawan fesyen, Christy Ng dan syarikatnya terhadap seorang pengguna Threads yang didakwa gagal mematuhi perintah mahkamah.

Hakim Arziah Mohamed Apandi menetapkan tarikh itu selepas mendapati defendan, J. Vikneshvra Rau yang tidak diwakili peguam gagal hadir bagi pendengaran permohonan sama itu hari ini.

“Saya mahu dia (defendan) berada di sini. Mahkamah mengarahkan pihak pemohon (Christy Ng) untuk membuat reasonable force (paksaan munasabah) termasuk mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa bagi memastikan kehadiran defendan,” katanya.