SHAH ALAM: Pentadbiran Istana Selangor menyerahkan kepada polis menyiasat isu individu menyamar sebagai pengawal peribadi sulit Raja Muda Selangor sehingga memperdayakan orang awam bagi mempercayai urusan penjualan tanah dan kereta mewah untuk meraih keuntungan peribadi.
Pejabat Sultan Selangor dalam kenyataan hari ini, memaklumkan Istana Selangor mengambil maklum dan menerima laporan polis berkaitan tindakan individu terbabit.
"Pentadbiran Istana Selangor memandang serius terhadap isu ini dan menyerahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuat siasatan menyeluruh dengan adil dan telus.
"Pihak pentadbiran istana juga tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terbabit dalam kes ini," katanya.









