KLANG – Seorang individu dipercayai menyamar sebagai Pengawal Peribadi Sulit kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, bagi memperdayakan orang awam dalam urusan penjualan tanah dan kereta mewah untuk mengaut keuntungan peribadi.Pejabat Sultan Selangor dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, pihak Pentadbiran Istana Selangor mengambil maklum dan menerima laporan polis berkaitan kes itu.Menurut kenyataan itu, pihak istana memandang serius isu itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan menyeluruh secara adil dan telus."Pihak pentadbiran istana juga tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dalam kes ini."Orang awam diminta membuat semakan dengan pihak Pentadbiran Istana Selangor sekiranya menerima sebarang dakwaan yang mengaitkan individu terbabit dengan institusi istana bagi menjalankan sesuatu urusan," menurut kenyataan itu.
Individu menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, tipu urusan tanah, kereta mewah

Key takeaways
Seorang individu menyamar sebagai pengawal peribadi Raja Muda Selangor untuk menipu orang awam dalam urusan jualan tanah dan kereta mewah.
- Individu itu disyaki menyamar sebagai pengawal peribadi Raja Muda Selangor.
- Pihak istana serahkan kes kepada polis untuk siasatan.
- Orang awam diminta semak dengan pihak istana jika terima dakwaan berkaitan kes ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Individu menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, tipu urusan tanah, kereta mewah (this story)









