SHAH ALAM: Pengalaman luas Datuk Ramli Mohd Salleh atau Ramli MS dalam industri muzik bakal dimanfaatkan bagi memperkukuh hubungan antara pendidikan akademik dengan realiti profesional, susulan pelantikannya sebagai Profesor Adjung Fakulti Muzik Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Mengulas lanjut perkara itu, Ramli berkata, pelantikan itu membuka ruang untuk beliau berkongsi pengetahuan dan pengalaman sebenar industri dengan mahasiswa, sekali gus melengkapkan pembelajaran berasaskan teori yang diperoleh di universiti.

Menurut maestro muzik itu, pendedahan secara langsung terhadap persekitaran profesional penting bagi membantu mahasiswa memahami tuntutan industri, termasuk aspek kreativiti, kemahiran teknikal dan peluang kerjaya.