BATU PAHAT: Seorang pekebun direman empat hari di Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana disyaki mengugut sambil mengejar isterinya dengan parang, gara-gara menuduh wanita itu menjalani hubungan dengan lelaki lain.
Perintah reman ke atas suspek berusia 42 tahun yang bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman untuk membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.
Mengikut laporan dibuat, kejadian berlaku di sebuah rumah di Sungai Kalong, Senggarang dekat sini, 8.30 pagi semalam.
Siasatan polis mendapati suspek dipercayai mengambil parang sepanjang 62 sentimeter (sm) sebelum bertindak mengejar isterinya berusia 37 tahun.








