JELI: Seorang lelaki direman empat selepas dipercayai melibas seorang anggota polis dengan sebilah parang sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan retak tangan kiri di Kampung Lalang Pepuyu dekat Tanah Merah semalam.
Suspek berusia 30 tahun itu direman sehingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah itu untuk membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan membunuh.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini.
Utusan Malaysia semalam melaporkan, seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan parah dilibas lelaki positif dadah dengan sebilah parang semasa Ops Tapis Bersepadu Sempadan di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah.









