Kuala Lumpur: Seorang rakyat Malaysia berkongsi berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam rusuhan yang melumpuhkan kota Paris, Perancis, semalam (waktu tempatan).

Ozil Zainal, menerusi akuannya di Threads, berkata ketika kejadian dia sedang memandu untuk memasuki Paris selepas mendapati lalu lintas ke kota raya itu agak lengang.

"Ketika melalui satu jalan, tiba-tiba semua kenderaan berhenti kerana terdapat segerombolan perusuh melalui kawasan berkenaan.

"Saya dan kenderaan lain tidak dapat bergerak, kami terperangkap kerana kanan dan kiri tiada jalan keluar.