Kota Bharu: Aktivis masyarakat, Abbe Hae tampil menjelaskan kronologi tindakannya bersama rakan-rakan ketika meninjau kebanjiran warga asing di bandar Kota Bharu pada Jumaat lalu.
Abbe Hae atau nama sebenar Mohd Azhar Mohd Adnan yang ditahan semalam sebelum dibebaskan tengah hari tadi berkata, tinjauan itu bermula di Dataran Masjid Muhammadi yang dijadikan sebagai 'check point' untuk memberi penerangan kepada rakan-rakan yang menyertai misi berkenaan.
"Saya maklumkan kepada rakan-rakan yang ingin ikut serta agar tidak membuat sebarang provokasi dan tidak menyentuh sesiapa. Tujuan kita hanya untuk membuat liputan tentang kebanjiran warga asing termasuk etnik Rohingya secara santai.
"Selesai memberi penerangan, kami meneruskan perjalanan ke Jalan Dato Pati dan melihat sebuah kedai yang pekerjanya sedang menebar roti canai dipercayai etnik Rohingya.









