TANAH MERAH: Hamparan ladang sireh seluas lebih dua hektar yang dipercayai diusahakan etnik Rohingya di Kampung Padang Guchil, di sini sejak beberapa tahun lalu, menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk setempat.
Ladang dibina dengan junjung kayu secara tersusun itu difahamkan disewa daripada pemilik tanah yang berada di luar Kelantan pada kadar RM600 hingga RM1,000 bagi setiap hektar, sebelum hasilnya dijual kepada pemborong.
Jika sebelum ini, kawasan berkenaan seperti hutan terbiar, namun berubah menjadi ladang sireh sejak beberapa tahun lalu selepas disewakan kepada komuniti berkenaan.
Lebih membimbangkan, penduduk mendakwa, kehadiran etnik Rohingya di kampung berkenaan dan kawasan sekitar hanya bermula dengan sekitar 15 orang lebih 10 tahun lalu, namun kini didakwa meningkat hampir 100 orang.









