KUALA LUMPUR: Sebanyak 26 lokasi di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 5 petang hari ini.

Semakan di portal Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar, bacaan tertinggi direkodkan di beberapa lokasi di Johor, antaranya di Pasir Gudang, (182), Kota Tinggi (179), Larkin (170) dan Pengerang (168).

Dua lokasi di Negeri Sembilan iaitu di Nilai dan Seremban turut merekodkan bacaan tidak sihat iaitu 170 dan 166.

Tiga lokasi di Melaka juga mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu Bukit Rambai (166), Bandaraya Melaka (158) dan Alor Gajah (157).