Ipoh: Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) mengintai peluang untuk bertanding di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikenal pasti berpotensi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan pada 14 November ini.
Presiden PEJUANG Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, bagaimanapun, keputusan muktamad berhubung pembahagian kerusi diserahkan kepada kepimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) selain turut bergantung kepada keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan PN pada 22 Oktober ini.
Menurutnya, biarpun setakat ini masih tiada ketetapan rasmi berhubung persiapan menghadapi PRN Melaka, namun perbincangan sesama parti komponen PN sudah dimulakan secara tidak rasmi.
"Salah satu isu ialah berkenaan dengan keabsahan PN itu sendiri yang pada ketika ini dalam pertimbangan mahkamah. Jadi sama ada kita boleh pakai atau tidak lambang PN itu soal kedua, tetapi PN atau parti-parti anggotanya tetap akan bertanding dalam PRN Melaka.









