IPOH: Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) 'mengintai' peluang untuk meletak calonnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dikenal pasti berpotensi ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata bagaimanapun keputusan muktamad berhubung pembahagian kerusi diserahkan kepada kepimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN), selain turut bergantung pada keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan PN pada 22 Oktober ini.
Walaupun masih tiada ketetapan rasmi berhubung persiapan menghadapi PRN Melaka setakat ini, katanya, perbincangan sesama parti komponen PN sudah bermula secara tidak rasmi.
"Antara isu berbangkit ialah mengenai keabsahan PN yang ketika ini dalam pertimbangan mahkamah.








