IPOH: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengintai potensi untuk sekurang-kurangnya bertanding satu kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka,

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama parti-parti gabungan Perikatan Nasional (PN) dan menyerahkan kepada mereka untuk membuat keputusan akhir.

“Insya-Allah kita harap akan mencapai persetujuan dalam kalangan parti-parti yang lain untuk Pejuang pun turut menawarkan calon. Tetapi mungkin tidak banyak.

“Sasaran dua atau tiga kerusi pun sudah cukup. Kalau kita dapat satu atau dua kita okey sahaja,” katanya selepas menghadiri Persidangan Tahunan Pejuang Negeri Perak 2026 di sini hari ini.