KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) akan memuktamadkan jumlah kerusi yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas Khamis ini.

Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pihaknya kini menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu PN.

"Soal jumlah kerusi yang akan bertanding akan dimuktamadkan selepas Khamis ini iaitu sebaik mendengar keputusan mahkamah.

"Begitu juga dengan soal logo yang akan diguna pakai. Tunggu selepas Khamis ini.