SEBERANG PERAI – Seramai 36 mangsa banjir daripada 10 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti, Bukit Mertajam dibenarkan pulang ke rumah selepas keadaan di kawasan terjejas semakin pulih, petang ini.

Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Datuk Kamarul Haizal Koderat berkata, PPS berkenaan akan ditutup sepenuhnya pada pukul 7 malam ini selepas penilaian keselamatan mendapati mangsa boleh kembali ke kediaman masing-masing.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan pemeriksaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malays