SEREMBAN -“Saya okey je.” Demikian reaksi ringkas Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berhubung insiden membabitkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selepas solat Jumaat baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu berkata, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu yang berlaku di Kuala Pilah dekat sini.
“Tak ada apa nak komen pun. Hari ini sepak takraw je,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Pasukan Negeri Sembilan Antlers STL 2026 di sini hari ini.
Ketika diminta mengulas mengenai persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang, beliau berkata, setakat ini proses persediaan masih berjalan seperti biasa.









