PETALING JAYA – Pemuzik Britain, Cat Stevens atau Yusuf Islam menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di rumahnya di Seri Kembangan, hari ini.
Perkara itu dikongsikan oleh Yusuf menerusi satu gambar dimuat naik pada Instagramnya beberapa jam lalu.
“Hari ini saya menziarahi Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia yang mana isterinya, Dr. Hasmah meninggal dunia baru-baru ini. Baca al-Fatihah.
“Mereka berumah tangga kira-kira 70 tahun dan beliau berusia 101 tahun, dengan izin tuhan,” katanya pada hantaran itu hari ini.









