KUALA LUMPUR – Jerebu toksik akibat kebakaran hutan di Indonesia melonjakkan permintaan untuk tangki oksigen dan pembersih udara di rantau ini, kata beberapa pengeluar, ketika mereka giat menyediakan peralatan pembersihan udara yang dapat menyelamatkan nyawa.

Jerebu berlarutan selama beberapa bulan menyelubungi sebahagian rantau Asia Tenggara yang memaksa sekolah ditutup dan mendorong peningkatan masalah pernafasan.

Ramai keluarga kini membeli peranti untuk memastikan udara di dalam rumah kekal bersih.

Di AA Alive yang merupakan syarikat peralatan perubatan terletak berdekatan Kuala Lumpur, pekerjanya bekerja pada kapasiti penuh untuk menghantar tabung oksigen, dengan beberapa pegawai berkata, jualan mereka melambung tinggi.