Kuala Lumpur: Rumah tinggal yang terbiar dalam tempoh lama boleh membawa mudarat antaranya penyakit denggi dan Chikungunya akibat pembiakan nyamuk Aedes selain kencing tikus atau leptospirosis.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, ia disebabkan keadaan persekitaran rumah berkenaan yang kotor dan menjadi tempat air bertakung.
Menurut Dr Sharifa Ezat, semak samun pula boleh menjadi kawasan pembiakan haiwan liar seperti anjing yang akhirnya akan mengganggu ketenteraman dan keselamatan penduduk setempat.
"Rumah tinggal tanpa penghuni boleh menyebabkan bau busuk yang kebiaasaannya berpunca daripada kelembapan, air bertakung juga longgokan sampah.








