BESUT: Seramai 2,335 penagih tampil secara sukarela mendapatkan rawatan di antara Januari hingga awal Oktober tahun ini, membuktikan keberkesanan pindaan Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang berkuat kuasa pada 22 Ogos tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata secara purata, 232 orang baharu mendaftar pada setiap bulan tahun ini bagi mendapatkan Rawatan dan Pemulihan Secara Sukarela Dalam Institusi di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), dan Rawatan dan Pemulihan Secara Sukarela Dalam Komuniti.

Katanya, jumlah itu menunjukkan peningkatan penyertaan secara konsisten berbanding purata 75 orang sebulan bagi 2025.