Gaza: Seramai 2,027 pesakit di Semenanjung Gaza meninggal dunia ketika menunggu rawatan dan pemindahan perubatan susulan penutupan berterusan pintu sempadan serta sekatan kemasukan ubat-ubatan dan bekalan perubatan, menurut seorang pegawai perubatan pada Rabu, lapor Xinhua.
Pengarah Bantuan Perubatan di Bandar Gaza Mohammed Abu Afash memberitahu radio Voice of Palestine bahawa lebih 21,000 pesakit memerlukan pemindahan perubatan.
Beliau berkata tiada pesakit dibawa keluar dari wilayah itu menerusi pintu sempadan Rafah dalam tempoh lima hari sebelumnya.
Abu Afash berkata penutupan pintu sempadan dan kelewatan pemindahan perubatan memburukkan keadaan pesakit serta mengakibatkan komplikasi serius, khususnya dalam kalangan mereka yang menghidap kanser, kegagalan buah pinggang, penyakit jantung dan penyakit kronik lain.






