Tokyo: Menteri Pertanian Jepun yang berdepan tekanan, Kazuo Yana, memutuskan untuk meletakkan jawatan susulan kontroversi berkaitan tingkah laku lampau beliau di kawasan pilihan rayanya, sekali gus menjadi tamparan hebat kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Sanae Takaichi, lapor Kyodo News.
Yana berkata beliau mengemukakan peletakan jawatannya kepada Takaichi, sekali gus menjadi anggota Kabinet pertama yang berundur sejak Perdana Menteri itu menyusun semula Kabinetnya pada pertengahan September.
"Saya tidak boleh lagi membiarkan perbahasan parlimen dan pentadbiran pertanian terganggu," kata Yana kepada pemberita di Pejabat Perdana Menteri di Tokyo selepas mengadakan pertemuan dengan Takaichi.








