KUALA KRAI: Kehadiran seekor harimau belang yang menerkam lembu peliharaan menyebabkan lebih 500 penduduk di empat kampung iaitu Nara, Gajah Mati, Bukit Pacat dan Slow Temiang di Mukim Sungai Mengkuang di sini diselebungi ketakutan sejak kelmarin.
Kelibat haiwan karnivor disedari oleh seorang penoreh getah warganegara Indonesia yang mendakwa dikejar harimau berkenaan semasa sedang bekerja di kawasan ladang.
Penghulu Mukim Sungai Mengkuang Zulkifli Sulaiman berkata, sejak berita kehadiran pak belang itu tersebar kebanyakan penduduk dan pekerja ladang mulai takut untuk keluar bekerja kerana bimbang soal keselamatan.
“Kalau ada bekerja, mereka akan berhati-hati kerana harimau itu masih belum ditangkap.








