DALAM menghadapi cabaran dunia yang semakin kompleks, golongan belia bukan lagi sekadar pewaris masa depan, sebaliknya rakan strategik yang turut memainkan peranan penting dalam membentuk masa kini.

Belia perlu diberikan ruang, kepercayaan dan peluang untuk memimpin, mencipta penyelesaian serta memberikan impak kepada masyarakat.

Justeru, kesukarelawanan dan keusahawanan merupakan dua elemen penting yang mampu bergerak seiring dalam memperkasa belia agar lebih berdaya tahan, kreatif, berdikari dan prihatin terhadap keperluan masyarakat.

Pendekatan ini amat bertepatan dengan agenda semasa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang memberi penekanan terhadap pembangunan mahasiswa secara holistik, pengukuhan kebolehpasaran graduan, keusahawanan, kesejahteraan masyarakat serta pembudayaan inovasi dan kelestarian.