JAKARTA – Indeks saham penanda aras Indonesia merosot hampir 15 peratus dalam masa seminggu setakat kelmarin, menyaksikan kira-kira 1.544 trilion rupiah(RM349.2 bilion) lesap daripada pasaran modal dengan penyedia indeks global, MSCI mempertimbangkan untuk menurunkan taraf Indonesia kepada status Pasaran Kendiri berikutan kebimbangan berterusan mengenai ketelusan dan kebolehcapaian pasaran, lapor laman berita Jakarta Globe.

Indeks Komposit Jakarta (JCI) jatuh 14.91 peratus kepada 5,185.105 kelmarin, menjunam 908.654 mata daripada 6,093.759 pada akhir minggu sebelumnya, demikian menurut data Bursa Saham Indonesia (IDX).

Jumlah modal pasaran saham merosot 15.23 peratus kepada 9.157 trilion rupiah (RM2.07 bilion daripada 10.701 trilion rupiah (RM2.43 bilion) seminggu sebelumnya, mencerminkan skala jualan, susulan pengumuman MSCI tersebut.