JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia mengutip denda berjumlah AS$190 juta (RM800 juta) daripada syarikat yang menjalankan kegiatan secara haram di kawasan hutan selain merampas lebih 6.2 juta hektar tanah, kata Peguam Negara Indonesia, Sanitiar Burhanuddin, hari ini.
Indonesia secara konsisten disenaraikan antara negara yang mencatatkan kehilangan kawasan hutan tahunan terbesar di dunia, menurut pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Aktiviti perlombongan, perladangan dan kebakaran antara punca utama kemusnahan kawasan luas hutan hujan negara itu.
Presiden Prabowo Subianto menubuhkan pasukan petugas khas tahun lalu bagi menguatkuasakan undang-undang perlindungan hutan serta mengambil tindakan terhadap syarikat yang melanggar peraturan, termasuk syarikat kelapa sawit dan perlombongan.









