anbia@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: 'Kerjaya' menghasilkan gigi palsu secara haram membawa padah apabila seorang wanita dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas gagal membayar denda RM25,000 dikenakan Mahkamah Sesyen Baling, Kedah, kelmarin.

Hakim Norhayati Ibrahim menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Suzana Othman, 34, mengikut Seksyen 62(1) Akta Pergigian 2018 [Akta 804] yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM300,000, penjara sehingga enam tahun, atau kedua-duanya sekali.

Berikutan kegagalannya membayar denda, tertuduh dihantar ke penjara Pokok Sena oleh Polis Daerah Baling.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Faryna Md Yaakub.