Kuala Lumpur: Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di Jepun apabila pasukan gimnasium Thailand yang melatihnya tidak dapat mengiringinya akibat masalah teknikal.

Menurut Rifdean, penjelasan itu dibuat bagi memperbetulkan keadaan sebenar, selain memohon maaf kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ONE Championship, Chatri Sityodtong yang dilihat tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, termasuk dakwaan bahawa dia tidak mempunyai kelengkapan secukupnya menjelang perebutan gelaran dunia Muay Thai ONE kategori atomweight selepas gagal melepasi ujian hidrasi.

Malah, atlet kelahiran Sarawak itu turut memohon maaf atas kenyataan terdahulu yang memberi gambaran dia hadir tanpa pasukan atau jurulatih untuk mengiringinya sepanjang pertarungan berkenaan.