Semporna: Bagi menarik minat murid, guru ini menggunakan peranti teknologi Realiti Maya (VR) sebagai tarikan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas.
Sudirman Tawakal, 48, yang juga guru bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bugaya, di sini berkata, percubaannya itu tidak sia-sia kerana rata-rata murid nampak teruja setiap kali dia mengajar di hadapan kelas.
Inisiatifnya mendapat perhatian selepas berkongsi video di Facebook (FB) baru-baru ini hingga menarik lebih 80,000 tontonan.
Bercerita lanjut, Sudirman berkata, inisiatif itu dilakukan bagi mencari kelainan dalam sesi PdP seiring dengan saranan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21).









