Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengalu-alukan cadangan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung peruntukan dana pembangunan bernilai USD25 juta (kira-kira RM102 juta).
Bagaimanapun, Presiden FAM, Datuk Ab Ghani Hassan menegaskan menegaskan suntikan modal berkenaan tidak diterima dalam bentuk tunai secara 'lump sum', sebaliknya tertakluk kepada kaedah pengagihan rasmi daripada badan dunia terbabit.
Ghani berkata, mereka menantikan perkembangan rasmi rasmi selepas cadangan itu dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis FIFA pada Disember ini serta kelulusan muktamad pada Kongres FIFA yang dijadualkan berlangsung Mac tahun depan.
"Kita menyambut baik cadangan daripada FIFA itu, namun pada peringkat ini kita perlu melihat terlebih dahulu bagaimana kewangan berkenaan disalurkan serta skop penggunaannya sama ada membabitkan pembangunan atau sektor lain.









