RANAU: Jururawat meninggal dunia selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas sebelum terjunam kira-kira 30 meter ke sungai di Kilometer 20, Jalan Ranau-Telupid, berhampiran Kampung Nalapak, di sini, jam 12.58, tengah hari tadi.
Nancy Kitingon, 47, disahkan meninggal dunia di tempat selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Ranau Superintendan Mursalin Mahmud, berkata mangsa memandu dari arah Telupid dan melanggar penghadang di sebelah kiri jambatan sebelum terjunam ke sungai.
"Kenderaan mangsa dipercayai berada dalam keadaan terbalik sebelum penduduk kampung memberikan bantuan.








