KOTA BHARU – Pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan, Mohd. Azhan Mohd. Adnan atau lebih dikenali sebagai Abbe Hea menegaskan bahawa dia bersama rakan-rakan hanya melakukan tinjauan bagi melihat kehadiran warga asing termasuk etnik Rohingya di sekitar bandar ini, kelmarin.

Katanya, sebelum tinjauan bermula, dia sudah mengingatkan rakan-rakan agar tidak melakukan sebarang provokasi atau menyentuh individu sepanjang mereka berada di lokasi berkenaan.

Katanya, tinjauan itu bermula di Dataran Masjid Muhammadi, di sini sebelum kumpulannya bergerak ke Jalan Dato’ Pati dan Pasar Pokok Pinang.

“Ketika berada di Jalan Dato’ Pati, saya melihat seorang pekerja yang sedang menebar roti canai di sebuah kedai melarikan diri tanpa memadamkan dapur memasak selepas menyedari kehadiran kumpulan kami.