PETALING JAYA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu kecewa apabila sebuah kilang makanan didakwa tidak jadi mengambilnya bekerja, sedangkan dia telah melakukan persediaan awal yang diminta oleh bahagian sumber manusia (HR) syarikat tersebut.

Menerusi hantaran Thread Themuazzins, lelaki itu mendakwa telah memasuki asrama pekerja dan mengambil suntikan tifoid dengan bayaran sendiri, namun dikatakan tidak jadi mengambilnya bekerja selepas dimaklumkan dia OKU pekak dan bisu.

“Sedihnya saya hari ini. Selepas berbulan menganggur, saya diterima kerja di kilang makanan sebagai pekerja pekak bisu. Say