Kuala Lumpur: Lelaki berdepan detik mencemaskan selepas dicabul seorang lelaki dalam tandas pusat beli-belah di Cheras, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa ingin dikenali Encik T berusia 37 tahun itu pada mulanya masuk ke dalam tandas dan melihat lelaki itu beredar.

Menurutnya, kebiasaannya ketika mengunjungi pusat beli belah itu dia jarang ke tandas terbabit namun pada hari kejadian kerana keperluan mendesak menyebabkan dia masuk juga ke dalam tandas itu.

"Namun ketika saya hendak keluar lelaki itu menghalang sebelum tiba-tiba dia menyentuh kemaluan saya.