PETALING JAYA – Selepas kecoh isu bas pengantara semalam, perjalanan penyokong menuju ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini dilaporkan lebih lancar, namun mereka kini berdepan barisan yang panjang untuk memasuki kawasan litar.

Seorang pengguna media sosial dikenali sebagai @Samrita, mempersoalkan layanan terhadap pemegang tiket berbeza harga selepas mendakwa terpaksa beratur sehingga empat jam bagi melepasi pemeriksaan keselamatan.

Dia mencadangkan supaya sekurang-kurangnya dua lorong keutamaan disediakan untuk pemegang tiket Grandstand, selain meminta pengurusan memperbaiki kawalan orang ramai pada hari perlumbaan.

“RM200 ‘vs’ RM2,000 untuk tiket Main Grandstand. Layanan kita semua sama? Dah empat jam? P3 dah nak bermula dan kami masih di sini.