SINGAPURA: Lando Norris berharap penyelesaian terhadap masalah sistem bahan api jentera McLaren mampu menjadi titik perubahan buatnya untuk kembali mencabar kemenangan pada Grand Prix (GP) Singapura, hari ini.
Juara dunia Formula Satu (F1) 2025 itu berkata, petanda positif daripada penambahbaikan teknikal pasukan memberi keyakinan bahawa masalah yang menjejaskan kelajuan jentera di laluan lurus sebelum ini mungkin sudah diatasi.
Norris mengakui pasukan masih meneliti data bagi memastikan keberkesanan penyelesaian berkenaan, namun beliau melihat perkembangan itu sebagai langkah penting untuk memperkukuh daya saing McLaren menjelang perlumbaan di Litar Jalan Raya Marina Bay.
“Daripada apa yang saya lihat setakat ini, saya rasa begitu, tetapi sejujurnya saya masih belum mengetahui segala-galanya,” kata Norris.






