KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Tashkent komited memperkukuh hubungan dua hala menerusi pelbagai libat urus strategik dengan pihak berkepentingan di Malaysia dan Uzbekistan.
Duta Besar Malaysia ke Republik Uzbekistan, Rafeedah Abdul Aziz, berkata tumpuan diberikan kepada penerokaan peluang kerjasama baharu di Uzbekistan khususnya, serta rantau Asia Tengah amnya.
Beliau berkata, ia meliputi asepk perdagangan, pelaburan, pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET), industri halal, kewangan Islam, pelancongan, kebudayaan, tenaga hijau, sains dan teknologi serta kecerdasan buatan (AI).
Menurut Rafeedah, nilai dagangan sedia ada berpotensi untuk terus dipertingkatkan, khususnya melalui sektor pembuatan, elektrik dan elektronik, industri makanan serta komoditi termasuk minyak dan produk berasaskan kelapa sawit.








