BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) berikrar mempertahankan kebebasan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sekatan terhadapnya.
Dalam kenyataan kelmarin, Suruhanjaya Eropah menegaskan EU akan terus menyokong kebebasan ICC dan memastikan mahkamah itu dapat berfungsi tanpa gangguan.
“Kesatuan Eropah sentiasa menyokong ICC. Amat dikesali Amerika mengumumkan hasrat untuk mengenakan sekatan,” kata kenyataan tersebut.
Ia juga menyatakan akan bekerjasama dengan semua 125 negara anggota Statut Rom, perjanjian yang mengasaskan penubuhan ICC, bagi memelihara kebebasan dan misi penting mahkamah berkenaan.






