TUMPAT: "Bukan tak izinkan keluarga adik ipar datang, tapi beri kami ruang bertenang dahulu."

Marlina Ibrahim, 46, membuat penjelasan itu bagi meredakan keadaan selepas adiknya, Norhazwani, 35, mati dipercayai dibunuh suami sendiri, Khamis lalu.

Marlina berkata, apa yang berlaku masih sukar untuk diterima, sekali gus mengakui ia boleh menjadikan hubungan antara dua keluarga agak tegang.

"Kematian adik saya bukan disebabkan sakit atau kemalangan jalan raya, tapi dibunuh. Sudah pasti ia sangat memberi kesan kepada kami.