TUMPAT: Keluarga pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Norhazwani Ibrahim, 35, yang dipercayai dibunuh suaminya di Nilai, Negeri Sembilan pada Khamis lalu, tidak mahu berjumpa dengan ibu dan bapa kepada suami Allahyarham.
Kakak Allahyarham, Marlina, 46, berkata, keluarganya turut melarang ibu bapa dan keluarga suami Norhazwani hadir menziarahi jenazah dan upacara pengkebumian pagi ini.
Katanya, semua ahli keluarganya tidak boleh menerima perbuatan yang dilakukan oleh suspek yang merupakan adik iparnya sehingga menyebabkan kematian Allahyarham Norhazwani.
“Sehingga malam tadi, tiada seorang pun keluarga suami arwah datang bertanya khabar Nordianisa Sofia Mohd. Khairuddin, 6, dan adiknya, Noralisa Amara, 5, yang merupakan anak kepada adik saya selepas dia meninggal dunia.









