JOHOR BAHRU: Beberapa peperiksaan rasmi dan ujian peperiksaan akhir tahun di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan diteruskan seperti biasa, walaupun penutupan semua sekolah di negeri ini dilanjutkan lima hari bermula esok akibat jerebu.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata Lembaga Peperiksaan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) JAINJ menetapkan peperiksaan akhir tahun bagi murid Tahap 1 (Tahun 1 hingga 3) di Sekolah Agama Kerajaan Johor tetapi berlangsung mulai esok hingga Jumaat.
"Turut diteruskan ialah Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) yang dijadualkan pada tempoh sama, serta mata pelajaran Lughah Arabiah Muasirah (LAM) bagi Peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) di Sekolah Menengah Agama Daerah Batu Pahat pada Selasa," katanya dalam kenyataan hari ini.








