Kuala Lumpur: Dua wakil negara dalam acara keirin wanita gagal meneruskan perjuangan apabila kedua-duanya menamatkan cabaran pada saingan pertama repechage di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2026 yang berlangsung di Velodrom Shanghai, China, hari ini.
Nur Alyssa Mohd Farid yang turun terlebih dahulu dalam saringan pertama gagal menamatkan perlumbaan (DNF) dan berada di kedudukan keenam sebelum meneruskan saingan ke repechage.
Dalam repechage, prestasi Alyssa sedikit meningkat apabila dia menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima, namun keputusan itu belum cukup untuk melayakkannya ke peringkat seterusnya.
Sementara itu, harapan utama negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri turut mengalami nasib sama apabila gagal melayakkan diri secara automatik ke suku akhir selepas menamatkan perlumbaan pertama di kedudukan ketiga.









